KUALA LUMPUR: Pengacara dan penghibur serba boleh, Helmi Gimmick, 65, bersyukur disahkan bebas kanser selepas menjalani pembedahan membuang buah pinggang kiri.

Helmi atau nama sebenar, Helmi Harun berkata, pengalaman berdepan kanser tahap empat banyak mengajarnya mengenai kesihatan, ibadat dan kepentingan mengubah gaya hidup.

"Iya, sudah 'clear'. Doktor sudah sahkan saya bebas kanser... Alhamdulillah," katanya ketika ditemui pada sidang media Karyawan Hi Tea di sini, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman, Helmi berkata, menjadi pesakit kanser membuka matanya untuk melakukan muhasabah diri terutama dalam soal ibadat yang sebelum ini sering ditangguhkan kerana tuntutan kerja.

"Apabila berlaku semua ini, pertamanya saya muhasabah dirik. Banyak silap saya. Apabila berada dalam dunia seni, kita banyak leka. Saya selalu kata, nanti dahulu, tangguh dahulu.