PARIS: Remaja berusia 15 tahun kehilangan sebelah tangannya selepas mengutip bom tangan polis ketika demonstrasi protes pelajar diadakan di seluruh Perancis bagi menuntut keadaan bilik darjah lebih baik.
Gelombang tunjuk perasaan yang berlarutan beberapa hari itu turut mencetuskan pembakaran dan sekatan jalan di beberapa sekolah, selain mengganggu sesi pembelajaran di ratusan sekolah di seluruh negara.
Kejadian itu berlaku menjelang demonstrasi lebih besar yang dijadualkan berlangsung esok dan digelar "Babak III" oleh kesatuan pelajar sekolah menengah, ketika seruan menerusi media sosial untuk mengadakan "minggu hitam" protes semakin meningkat.
Pihak berkuasa berkata, remaja itu cedera dalam kejadian di bandar Lens, utara Perancis.








