Laporan awal kes kekasaran Datuk Seri Mohd Shuhaily dihantar ke Jabatan Peguam Negara

Zanariah Abd Mutalib

zanariah_mutalib@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap penjawat awam kepada Jabatan Peguam Negara, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada mereka berpuas hati bahawa kertas siasatan itu sudah cukup lengkap.