zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap penjawat awam kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada mereka berpuas hati bahawa kertas siasatan itu sudah cukup lengkap.

"(Jika tidak) besar kemungkinan Peguam Negara akan mengarahkan langkah diambil lagi bagi memastikan kertas itu betul-betul meyakinkan atau mempunyai asas kes yang cukup," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.