BENTONG - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses siasatan termasuk mengambil keterangan dan mengumpul bukti sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan."Mereka (polis) akan melengkapkan kertas siasatan. Yang itu (kertas siasatan) saya tidak lihat, daripada proses yang saya tahu siasatan sedang berjalan."Kertas siasatan yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, sama ada sudah sampai ke situ atau tidak, saya tak ada sebarang maklumat lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Membina dan Meroboh serta Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak di sini pada Isnin.Turut hadir Menteri Kerja Raya. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.Saifuddin Nasution berkata, proses sewajarnya akan dilaksanakan dan keputusan berkaitan kes itu hanya akan dimaklumkan kepada khalayak selepas proses berkenaan selesai.Dalam pada itu, beliau berkata, AKPS mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan pintu masuk negara tidak tercemar dengan isu integriti."AKPS menggabungkan peranan pelbagai agensi sebelum ini kepada satu agensi. AKPS tampil dengan cara kerja yang berbeza dan mempunyai tugas besar untuk memastikan pintu masuk negara, sama ada masuk atau keluar, tidak tercemar dengan isu-isu integriti."Pada masa sama, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), iaitu polis dan cawangan khas turut menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.AKPS yang ditubuhkan dua tahun lepas adalah agensi penguatkuasaan di bawah KDN yang menyelaraskan keselamatan, kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk darat, laut dan udara negara.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Shuhaily menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di KLIA Terminal 1.Mohd Shuhaily berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta KDN dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu. - Bernama
Polis lengkapkan kertas siasatan video tular Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution

Key takeaways
Malaysian police are completing an investigation into a viral video involving the Director-General of the National Immigration Department, Mohd Shuhaily Mohd Zain, at Kuala Lumpur International Airport.
- Police are taking statements and gathering evidence for the investigation.
- The investigation report will be handed over to the Attorney General's Office.
- The Minister of Home Affairs, Saifuddin Nasution, says the investigation will be carried out fairly.
- The National Immigration Department has a big responsibility to ensure the country's borders are not compromised by integrity issues.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Saya tak mahu KLIA jadi seperti Selayang, AKPS ulas isu video tular
- Sinar Harian Polis lengkapkan kertas siasatan video tular Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution (this story)
- Malaysiakini (BM) Polis rujuk siasatan terhadap Shuhaily kepada AGC esok
- Utusan Malaysia Polis rujuk kertas siasat babit video tular KP AKPS kepada AGC







