SELAYANG – Skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara memulakan aksi kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2027 dengan langkah kanan selepas kalahkan Syria 1-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara mengekalkan rekod bersih ke atas wakil Asia Barat itu dimana Malaysia turut menang dengan keputusan sama pada pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2026, tahun lalu.
Sebaik aksi bermula, Malaysia Tigress B-17 dilihat terus menguasai permainan dengan mencipta beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan.
Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan mampu dihasilkan untuk menyaksikan 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, skrip hampir sama terus berulang dimana Syria dilihat lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugasan bertahan.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)