KUALA LUMPUR: Selepas hampir sedekad mencetuskan fenomena menerusi filem Munafik, karya arahan Syamsul Yusof itu kini diberi nafas baharu menerusi versi Indonesia berjudul Munafik: Melawan Iblis yang mula menemui penonton tempatan sejak 1 Oktober lalu.

Bukan sekadar mengadaptasi semula naskhah yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia pada 2016, filem arahan Guntur Soeharjanto itu tampil dengan pendekatan tersendiri bagi menyesuaikan jalan cerita, watak dan latarnya dengan budaya serta cita rasa penonton Indonesia.

Sebelum tayangan rasminya bermula di pawagam Indonesia pada 3 September lalu, Munafik: Melawan Iblis terlebih dahulu mencuri perhatian apabila tiket tayangan dilapor habis terjual.