WASHINGTON: Seorang remaja lelaki di sini mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika rambutnya digunting di pembahagi jalan raya demi merakam video tular untuk media sosial.
Kejadian berlaku berhampiran bandar Ocala, kira-kira 130 kilometer di barat laut Orlando, mengikut pengesahan Jabatan Polis Ocala.
Menurut polis, mangsa yang berusia 18 tahun bersama dua rakan lain berada di tengah jalan raya enam lorong, Aksi mengguntung rambut itu kemudian dirakam di atas pembahagi jalan.
Sewaktu rakaman berjalan, sebuah trak pikap Chevy Silverado 3500 bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti lasak Lexus di persimpangan berdekatan. Ia menyebabkan trak pikap terbabit hilang kawalan sebelum merempuh remaja berkenaan.








