Paris: Sehingga 500 sekolah di seluruh Perancis akan ditutup sepenuhnya atau sebahagiannya pada Isnin susulan gelombang protes pelajar yang melanda negara itu, kata Menteri Pendidikan Edouard Geffray.
Sesi pembelajaran akan digantung sepenuhnya atau sebahagiannya membabitkan 400 hingga 500 sekolah menengah kerana syarat keselamatan tidak dipenuhi, kata Geffray pada Ahad.
Beliau menambah, 24 sekolah telah dibakar atau dirosakkan sejak gerakan itu bermula.
Menurutnya, penutupan berkenaan dibuat terutama sebagai langkah keselamatan menjelang protes besar-besaran yang dirancang pemimpin gerakan itu pada Selasa.
Pelajar sekolah menengah Perancis, yang dikenali sebagai lycees, mendakwa pengajian mereka terjejas akibat kadar ketidakhadiran guru yang tinggi, waktu persekolahan terlalu panjang dan kemudahan sekolah yang daif, selain beberapa tuntutan lain.







