PARIS: Kira-kira 500 sekolah di seluruh Perancis ditutup sepenuhnya atau sebahagiannya, hari ini susulan gelombang protes pelajar yang menggegarkan negara itu.

Menteri Pendidikan, Edouard Geffray, berkata proses pengajaran dan pembelajaran akan 'digantung sepenuhnya atau sebahagiannya' di 400 hingga 500 sekolah menengah berikutan keadaan keselamatan yang 'belum mengizinkan'.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 24 sekolah 'dibakar atau dirosakkan' sejak gerakan itu bermula.

Katanya, langkah penutupan sekolah itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan menjelang protes berskala besar yang dirancang pemimpin gerakan berkenaan esok.

Pelajar sekolah menengah Perancis, yang dikenali sebagai lycees, mendakwa pengajian mereka terjejas akibat kadar ketidakhadiran guru yang tinggi, waktu persekolahan yang terlalu panjang dan kemudahan sekolah yang daif, selain beberapa rungutan lain.