saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu (F1), Kimi Antonelli berharap perlumbaan berprestij itu akan kembali dianjurkan di Malaysia pada masa depan selepas teruja dengan sambutan luar biasa peminat pada Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba Mercedes AMG Petronas itu mengakui pengalaman beraksi di Sepang cukup istimewa, malah menganggap sokongan peminat sepanjang hujung minggu perlumbaan sebagai sesuatu yang luar biasa.

"Ia sangat menakjubkan dapat berlumba di Sepang dan peminat juga luar biasa sepanjang hujung minggu ini. Jadi, terima kasih banyak kepada semua dan saya berharap kami akan kembali ke Malaysia pada masa depan," katanya ketika ditemuramah selepas berakhir perlumbaan, semalam.