KERAJAAN sedang meneliti kemungkinan Malaysia kembali menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dengan kos dan kepentingannya kepada negara antara perkara yang perlu dipertimbangkan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ruang perbincangan mengenai hasrat itu telah dibuka menerusi pertemuan beliau dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali, sebelum perlumbaan Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain pada Ahad."Itu kita bincang dengan Presiden F1, Stefano... tapi (masih) terlalu awal. Dia telah buka untuk berbincang dan kita kena bincang," katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas perlumbaan di SIC.Menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi, Anwar berkata, pertemuan berkenaan turut menyentuh prospek mengembalikan GP Malaysia ke dalam kalendar F1 secara tetap, sekali gus memenuhi hasrat peminat yang sekian lama menantikan kepulangannya ke Sepang.Bagaimanapun, beliau berkata, usaha itu memerlukan masa berikutan penyusunan kalendar perlumbaan perlu mengambil kira jadual F1 yang padat selain komitmen kontrak dengan negara penganjur sedia ada."Insya-ALLAH, perkara ini akan dibincangkan bersama Jemaah Menteri bagi meneliti ruang dan hala tuju yang bersesuaian, dengan mengambil kira kemampuan negara serta manfaatnya kepada ekonomi dan rakyat," katanya.Kepulangan F1 ke Sepang selepas sembilan tahun menerusi penganjuran GP Bahrain kali ini mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 100,000 peminat hadir menyaksikan perlumbaan berkenaan.Sambutan itu turut memberi ruang untuk kerajaan menilai semula potensi penganjuran acara bertaraf dunia tersebut, termasuk kesannya terhadap aktiviti ekonomi dan perniagaan tempatan.Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 susulan kos penganjuran yang semakin tinggi serta penurunan jumlah penonton, pengunjung dan pelancong asing.F1 kembali ke Sepang musim ini apabila SIC dipilih sebagai venue GP Bahrain dari 2 hingga 4 Oktober selepas situasi geopolitik di Asia Barat menyebabkan perlumbaan itu tidak dapat berlangsung di Bahrain.Persetujuan berkenaan dicapai antara F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain bagi memastikan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 2026.Kepulangan itu turut terhasil menerusi perbincangan dan kerjasama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-Khalifa, selain kedua-dua kerajaan.Perlumbaan pada Ahad yang ditangguhkan sementara akibat hujan lebat menyaksikan juara dunia empat kali, Max Verstappen daripada Red Bull Racing muncul juara, sekali gus mengulangi kejayaannya pada kali terakhir F1 berlangsung di Sepang pada 2017.Pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli daripada Mercedes-AMG Petronas menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton daripada Ferrari melengkapkan podium ketiga.Terdahulu, Anwar bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al-Khalifa, menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan berkenaan.
Malaysia teliti kembali anjur F1 - Anwar

Key takeaways
Malaysia is considering hosting Formula 1 (F1) races permanently at the Sepang International Circuit, with costs and benefits to the country being evaluated.
- Malaysia's Prime Minister Anwar Ibrahim met with F1 President Stefano Domenicali to discuss the possibility of hosting F1 races.
- The meeting also touched on the prospect of returning the Malaysian Grand Prix to the F1 calendar.
- Over 100,000 fans attended the recent F1 race in Bahrain, which may have influenced the government's decision to reconsider hosting F1.
- Malaysia last hosted F1 from 1999 to 2017 before being dropped from the calendar due to high costs and declining attendance.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Malaysia teliti kembali anjur F1 - Anwar (this story)
- Harian Metro Antonelli mahu F1 kembali ke Malaysia








