kamarulzaidi@nstp.com.my
Sepang: Kejayaan menganjurkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia membuktikan Malaysia masih mempunyai budaya, pengetahuan dan kemampuan organisasi untuk mengendalikan perlumbaan Formula Satu (F1) bertaraf dunia selepas sembilan tahun tanpa kejohanan itu di Sepang.
Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem memuji kerjasama antara petugas Malaysia dan Bahrain sepanjang hujung minggu perlumbaan, khususnya keupayaan kedua-dua pasukan berganding bahu sejak persiapan awal sehingga acara selesai.
"Dalam penganjuran kali ini, rakyat Malaysia dan Bahrain bekerjasama dari awal hingga akhir. Keserasian di lapangan inilah yang benar-benar mengagumkan saya. Ia sangat mengagumkan," katanya dalam sesi meja bulat bersama media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).








