sukan@hmetro.com.my
Nagoya: Pencapaian Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang melabuhkan tirainya semalam menjadi petunjuk positif buat kontinjen negara untuk merealisasikan misi muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di tanah air.
Malaysia menamatkan kempen di Aichi-Nagoya dengan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa untuk berada di tangga ke-11 carta pungutan pingat keseluruhan.
Lebih membanggakan, kutipan sembilan emas itu melepasi sasaran enam emas ditetapkan kontinjen, selain menyamai pencapaian terbaik negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata pencapaian berkenaan memberi keyakinan bahawa Malaysia berada di landasan tepat untuk menghadapi Sukan SEA tahun depan, dengan sasaran utama muncul juara keseluruhan ketika menjadi tuan rumah.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/03/5834bbaa00acdf7e38b536ffb123752f.jpg)