SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Mohd. Nasiruddin Mohd. Ali memohon pasport daripada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini untuk ke Mekah.
Tertuduh yang disabit dengan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram itu dilapor perlu ke sana bagi memberi kebenaran isterinya, Ummu Baroqah menjalani pembedahan (caesarean) bagi melahirkan anak mereka di Hospital Muhammad Saleh Basharahil.
Peguam, Datuk Rosli Kamaruddin berkata, bagi tujuan itu beliau mengemukakan afidavit yang turut dilampirkan sijil pernikahan mereka serta laporan perubatan daripada hospital berkenaan.
Beliau berkata isteri tertuduh masih berada di Mekah selepas dia bersama Mohd. Nasiruddin, 67, bertolak ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji pada 4 Mei lalu.








