PETALING JAYA: Kemelut politik di Negeri Sembilan yang berlarutan hingga kini, tidak akan menjejaskan usaha perpaduan Melayu-Islam antara UMNO dan Pas.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dakwaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew adalah tidak tepat dan terpesong kerana rakyat berkeupayaan menilai bahawa isu berkenaan melibatkan aspek institusi dan perlembagaan negeri, bukannya hubungan kepimpinan kedua-dua parti.

Beliau berkata, momentum perpaduan ummah sebaliknya terus terbina kukuh dan bakal memberi cabaran sengit kepada Pakatan Harapan (PH) serta DAP menjelang pilihan raya akan datang.

“Yang Berhormat (YB) Anthony Loke bercakap tentang apa yang beliau yakin. Saya juga berhak menyebut apa yang saya yakin. Saudara yakin kemelut di Negeri Sembilan akan menjejaskan momentum perpaduan Melayu-Islam UMNO-Pas.