SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan representasi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) serta tiga bekas akauntan syarikat itu untuk menggugurkan 331 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan lebih RM38.1 juta di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.Semasa prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim, Datin Fatimah Zahari, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, susulan keputusan berkenaan, pihak pendakwaan memohon supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan terhadap semua tertuduh.Mereka ialah bekas CEO, Nasiruddin Mohd Ali, 67, serta tiga bekas akauntannya iaitu pasangan suami isteri, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 46, dan Mohd Khushairi Osman, 55, serta Hamimah Yakub, 74."Dukacita, representasi telah ditolak dan perkara itu telah dimaklumkan kepada peguam semua tertuduh, maka, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan kes berkenaan."Kami akan memanggil 15 hingga 20 saksi untuk memberi keterangan jadi, memadai sekiranya mahkamah menetapkan perbicaraan berlangsung selama enam hingga lapan hari," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin.Mendengar keputusan terbabit, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata, pihak pembelaan akan menghantar representasi kedua kepada AGC bulan depan."Kami akan memasukkan representasi baharu untuk dipertimbangkan supaya diberikan tawaran kompaun."Kita akan menghantar representasi itu selepas harta yang disita diserahkan semula kepada anak guam kami," katanya yang hadir bersama peguam, Muhammad Zaim Rosli.Beliau memohon, mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi status representasi berkenaan pada Januari tahun depan.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Fatimah menetapkan perbicaraan kes bermula 26 hingga 28 April, 28 hingga 30 Jun dan 6 hingga 8 Julai 2027."Status representasi kedua semua tertuduh pada 26 Januari tahun depan," kata hakim.Mengikut semua pertuduhan, mereka didakwa menerima dan memindahkan hasil daripada aktiviti haram melalui beberapa akaun antara 2020 hingga 2024.Nasiruddin berdepan 77 pertuduhan berjumlah RM10,084,323.70, manakala Hamimah dengan 95 pertuduhan (RM11,428,811.20), Mohd Khushairi pula berdepan 91 pertuduhan (RM11,958,561.10) dan Asmat @ Asmanira sebanyak 68 pertuduhan (RM4,688,205.01).Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
AGC tolak representasi bekas pemimpin GISBH gugur 331 kes AMLA RM38.1 juta

Key takeaways
The Attorney General's Chambers rejected a request to drop 331 money laundering charges against four former GISBH executives, including a former CEO, and the case will proceed to trial.
- The Attorney General's Chambers rejected a request to drop the charges.
- The case involves 331 money laundering charges worth over RM38.1 million.
- The four defendants are a former CEO and three former accountants.
- The trial is expected to last six to eight days and involve 15-20 witnesses.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia GISBH: Peguam kemuka representasi baharu November ini
- Sinar Harian AGC tolak representasi bekas pemimpin GISBH gugur 331 kes AMLA RM38.1 juta (this story)






/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)

