Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam berkata satu program pemahaman perlu dilaksanakan bagi memastikan murid memahami dasar perlindungan kanak-kanak di sekolah serta hak mereka terhadap keselamatan dan perlindungan.

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan garis panduan bagi kes murid hilang susulan kematian seorang pelajar Tingkatan 4 di Johor hujung minggu lalu.

Jelasnya, garis panduan itu perlu menetapkan parameter pencarian segera, menyelaras peranan dan menentukan tempoh memaklumkan ibu bapa serta pihak pentadbiran.

Mereka berkata, garis panduan itu juga perlu menjelaskan bila pihak polis perlu dilibatkan serta menggesa KPM melaksanakan penilaian risiko khusus bagi aktiviti selepas waktu persekolahan.