norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penghibur serba boleh, Helmi Gimmick, 65, mengaku pernah terleka dengan keseronokan hidup apabila menolak rezeki tunai umrah ke Tanah Suci Makkah sebab sibuk dengan 'job' yang banyak dan bayaran besar.
Helmi atau nama sebenar Harun Tahir berkata, selepas disahkan pulih dan bebas daripada kanser dihidapi cukup memberi kesedaran kepadanya untuk kembali mendekatkan diri kepada Yang Esa, serta tidak melengahkan solat.
"Selepas beransur pulih dan Allah beri saya kehidupan kali kedua dengan bebas kanser, jadi saya sangat bersyukur kerana masih mendapat peluang memperbaiki diri. Sekarang, saya dah segerakan solat serta menjaga pemakanan harian.
"Banyak yang saya jaga dan elak daripada makan. Saya hanya makan produk makanan yang segar-segar dan organik. Termasuk, 'cut' gula dan banyak minum air suam sahaja," katanya kepada Harian Metro.








