KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum positif Wall Street semalaman, memandangkan harga minyak yang terkawal susulan pemulihan eksport minyak mentah dari Asia Barat, mengimbangi trend penjualan berterusan dalam pasaran bon Perbendaharaan AS.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.14 mata atau 0.44 peratus kepada 1,638.89 berbanding paras 1,631.75 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 4.63 mata lebih tinggi kepada 1,636.38.

Sentimen pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 272 berbanding 202, sebanyak 364 kaunter tidak berubah, 1,944 tidak diniagakan dan 13 digantung dagangan.