GRAND ISLAND: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif untuk membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan diesel tanpa cukai.
Trump mengumumkan langkah itu ketika berucap pada satu perhimpunan di Nebraska.
Harga diesel yang tinggi yang mencecah rekod kira-kira AS$6.50 segelen (RM 22.89) bulan lalu, menjadi cabaran kepada Trump menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS pada 3 November ini.
Pilihan raya itu akan menentukan parti yang menguasai Kongres.
Parti Republikan pimpinan Trump kini mempunyai majoriti tipis di Senat dan Dewan Perwakilan.






