KOTA KINABALU: Kakak tiri kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini hari ini bahawa dia mengalami tekanan emosi yang didakwanya akibat cara ibu tiri melayan dan bercakap dengannya.

Malianah Mahathir, 25, berkata, dia tinggal bersama bapa kandung, Mahathir Mohd Hashim, dan ibu tiri, Noraidah Lamat selama kira-kira tujuh bulan dari penghujung 2011 sehingga Jun 2012.

"Sepanjang masa itu, saya berasa tidak seronok dan tidak gembira," katanya semasa membacakan pernyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Wanita yang sudah berkahwin dan kini menetap di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor itu, berkata dia mula mengenali Noraidah pada 2011 apabila bapanya memberitahu akan mengahwini wanita itu.