KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada Selasa, dengan mendengar keterangan kakak tiri Allahyarham.Malianah Mahathir, 25, yang merupakan saksi ke-81, memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini.Untuk rekod, prosiding inkues yang dijadualkan bersambung sehingga 23 Oktober ini diperuntukkan bagi meneruskan dan menyelesaikan keterangan saksi-saksi terakhir, termasuk ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung.Jadual berkenaan turut membolehkan mahkamah dan pihak-pihak menyelesaikan sebarang keterangan tambahan atau pemanggilan semula mana-mana saksi, sekiranya perlu, sebelum prosiding inkues bergerak ke peringkat seterusnya.
Kakak tiri Zara Qairina beri keterangan dalam inkues

Key takeaways
Proses inkues kematian Zara Qairina berterusan dengan keterangan kakak tirinya, Malianah Mahathir.
- Keterangan Malianah Mahathir diterima oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan.
- Inkues akan teruskan sehingga 23 Oktober untuk selesaikan keterangan saksi.
- Mahkamah boleh panggil semula saksi jika diperlukan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Inkues Zara Qairina: Koroner, peguam lawat lokasi kejadian
- Sinar Harian Kakak tiri Zara Qairina beri keterangan dalam inkues (this story)








