KUALA LUMPUR - Jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah RM10.7 bilion melibatkan 1.16 juta peminjam setakat 31 Ogos, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).Menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, KPT memaklumkan pelbagai inisiatif telah dan akan diambil, antaranya memperkukuh pengurusan pinjaman dengan menambah baik terma dan syarat pinjaman agar lebih bersasar kepada mereka yang memerlukan berdasarkan kemampuan PTPTN."Inisiatif lain ialah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kutipan bayaran balik pinjaman melalui pelaksanaan penguatkuasaan serta kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan korporat," menurut kementerian itu.KPT menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah terkini hutang peminjam PTPTN serta usaha untuk meningkatkan semula bayaran balik pinjaman itu.Kementerian itu turut memaklumkan PTPTN sentiasa mengalu-alukan peminjam untuk membuat perundingan dan menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan atau membuat penangguhan bayaran balik pinjaman mengikut kelonggaran yang dibenarkan. - Bernama
RM10.7 bilion tunggakan bayaran balik PTPTN setakat Ogos

Key takeaways
Tunggakan pinjaman PTPTN mencapai RM10.7 bilion dengan 1.16 juta peminjam hingga Ogos.
- Jumlah tunggakan pinjaman PTPTN ialah RM10.7 bilion.
- KPT mengambil inisiatif untuk memperbaiki terma pinjaman.
- KPT meningkatkan keberkesanan kutipan melalui kerjasama strategik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Tunggakan pinjaman PTPTN cecah RM10.7 bilion - KPT
- Harian Metro Tunggakan pinjaman PTPTN cecah RM10.7 bilion - KPT
- Sinar Harian RM10.7 bilion tunggakan bayaran balik PTPTN setakat Ogos (this story)
- Berita Harian RM10.7 bilion tunggakan bayaran balik PTPTN setakat Ogos








