Apuiares, Brazil: Dua lelaki tertua di dunia mencatat detik istimewa apabila menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing secara serentak dengan João Marinho Neto genap berusia 114 tahun manakala Ken Weeks dari Australia meraikan ulang tahun ke-113, lapor LongeviQuest.

João yang diiktiraf sebagai Lelaki Tertua di Dunia oleh Rekod Dunia Guinness (GWR) dilahirkan pada 5 Oktober 1912 di Maranguape, Ceará, Brazil, manakala Ken dilahirkan tepat setahun selepasnya.

Sempena ulang tahun kelahiran mereka, LongeviQuest dengan bantuan keluarga kedua-dua lelaki berkenaan mengatur pertukaran ucapan antara dua lelaki tertua di dunia itu yang disifatkan sebagai pertama kali seumpamanya dalam sejarah yang didokumentasikan.