LONDON: Penulis novel terlaris Britain dan bekas ahli politik, Jeffrey Archer, yang pernah dipenjarakan selepas didapati bersalah berbohong dalam kes saman fitnah berprofil tinggi, meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Penerbitnya, HarperCollins, dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan Archer meninggal dunia secara mengejut di kediamannya ketika sedang berehat.

Archer, yang karyanya terjual lebih 300 juta naskhah buku di seluruh dunia, terkenal menerusi novel thriller antaranya Not a Penny More, Not a Penny Less yang diterbitkan pada 1975, selain Kane & Abel.

Novel terakhirnya, Adam and Eve, dijadualkan diterbitkan Selasa ini. Archer turut dijadualkan hadir di Festival Kesusasteraan Cheltenham minggu ini bagi membincangkan karya berkenaan, yang disifatkannya sebagai novel terakhir selepas lima dekad berkarya.