ISTANBUL: Kumpulan Houthi Yaman, malam tadi mendakwa melancarkan tiga operasi ketenteraan yang menyasarkan dua lapangan terbang, sebuah kemudahan minyak dan beberapa kemudahan tentera di Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataan di platform media sosial X, jurucakap Houthi, Yahya Saree, berkata operasi itu membabitkan sejumlah besar peluru berpandu balistik dan krus serta dron.
Beliau berkata, operasi pertama menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di ibu negara Riyadh, dengan mendakwa serangan itu mengenai sasaran dan menyebabkan lalu lintas udara terganggu.
Katanya, operasi kedua menyasarkan sebuah kilang penapisan milik syarikat minyak negara Aramco di Rabigh, wilayah Makkah, sambil mendakwa serangan itu menyebabkan kebakaran di kemudahan berkenaan.









