SEREMBAN – Lapan pihak digesa bergabung tenaga dan cadangan bagi membendung kejadian mencuri telur penyu daripada berulang seperti yang berlaku di Tanjung Gemuk, Port Dickson baru-baru ini.
Aktivis Pemuliharaan Marin Malaysia, Noor Fadzli Shah berkata, langkah itu wajar dilaksanakan susulan kepentingan Tanjung Gemuk sebagai lokasi pendaratan dan tempat penyu bertelur serta keperluan memastikan telur haiwan itu mendapat perlindungan sewajarnya.
Katanya, antara jabatan yang mungkin terlibat termasuk Jabatan Perikanan, pihak berkuasa tempatan, agensi penguatkuasaan, komuniti setempat, NGO, institusi pendidikan, pengusaha pelancongan dan sukarelawan pemuliharaan.
“Kerajaan negeri perlu bertindak lebih tegas dan sistematik bagi melindungi kawasan pendaratan penyu termasuk mempertimbangkan pewartaan Zon Perlindungan Pendaratan Penyu Tanjung Gemuk.









