KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini memberi ruang lebih besar kepada negeri menentukan projek pembangunan mengikut keutamaan dan keperluan rakyat setempat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengagihan peruntukan perlu mengambil kira keutamaan yang telah dikenal pasti kerajaan negeri selain tidak ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan semata-mata.

Beliau berkata, projek diumumkan dalam Belanjawan 2027 sewajarnya selari dengan keperluan serta perancangan pembangunan yang telah ditetapkan di peringkat negeri.

“Biarlah projek yang akan diumumkan nanti merupakan projek yang menjadi keutamaan negeri.