Di sebalik hutan yang kelihatan sunyi dan terpencil, berkemungkinan masih tersembunyi spesies belum dikenal pasti oleh manusia.Justeru, pemeliharaan habitat semula jadi bukan sekadar melindungi alam sekitar, malah dapat memastikan khazanah biodiversiti yang tidak ternilai itu terus wujud untuk generasi akan datang.
Key takeaways
Sekumpulan penyelidik antarabangsa mengenal pasti spesies kucing liar baharu, Leopardus tilcayo, di hutan Yungas, Bolivia, selepas 100 tahun.
- Penemuan ini melibatkan analisis genetik dan spesimen muzium.
- Tilcayo mempunyai ciri fizikal unik seperti bulu pudar dan bintik besar.
- Nama tilcayo diambil daripada komuniti tempatan yang sudah mengenali spesies ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PENEMUAN spesies baharu dalam dunia sains bukanlah sesuatu yang berlaku setiap hari. Apatah lagi, jika ia membabitkan mamalia yang selama ini dianggap telah diketahui dan didokumentasikan.
Namun, sekumpulan penyelidik antarabangsa berjaya mencatat penemuan luar biasa apabila mengenal pasti spesies kucing liar baharu di hutan awan Yungas, Bolivia.
Dikenali sebagai Leopardus tilcayo atau tilcayo, spesies berkenaan menjadi kucing liar pertama yang dijumpai secara rasmi oleh saintis dalam tempoh lebih satu abad.
Penemuan itu diketuai oleh Peneroka Geografi Kebangsaan, Paola Nogales Ascarrunz menerusi kajian yang menggabungkan kaedah moden penjujukan genom (proses penentuan ujian asid deoksiribonukleik) dengan penelitian terhadap spesimen muzium.