JAKARTA: Dua pulau baharu muncul berhampiran Gunung Berapi Anak Krakatau di Indonesia selepas gunung berapi itu meletus selama 25 jam pada awal September lalu.
Kemunculan dua pulau itu dipercayai yang pertama dalam tempoh hampir satu abad dalam kawasan kawah besar Krakatau yang terbentuk selepas letusan dahsyat pada 1883.
Menurut Badan Geologi Indonesia, satu pulau baharu itu terletak kira-kira 760 meter dari pantai barat laut Anak Krakatau, manakala satu lagi kira-kira 495 meter di sebelah tenggara.
Kedua-duanya terletak hampir dalam satu garisan lurus merentasi kawasan kawah Anak Krakatau.
Bagaimanapun, Badan Geologi Indonesia masih belum dapat mengesahkan saiz dan ketinggian kedua-dua pulau itu dari paras laut.






