AGENSI
Buenos Aires, Argentina: Saintis berjaya menemukan 57 spesies baharu hidupan laut di bahagian selatan Lautan Atlantik, lapor PEOPLE.
Penemuan berkenaan diperoleh menerusi Bengkel Penemuan Spesies antarabangsa yang diketuai Nippon Foundation-Nekton Ocean Census dengan kerjasama Schmidt Ocean Institute selama dua minggu pada 2025, menurut kenyataan akhbar Nippon Foundation.
Spesies berkenaan ditemukan di perairan luar pantai Argentina menerusi projek penyelidikan berskala besar yang menghimpunkan 20 pakar taksonomi dan penyelidik peringkat awal kerjaya dari seluruh Amerika Latin serta Eropah.
Antara penemuan utama bengkel berkenaan ialah spesies baharu mentimun laut yang dinamakan 'Loki the Sea Cucumber,' ditemukan pada kedalaman 8,454 kaki (2,576.78 meter).









