puterialia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, 42, iaitu Watie Hanifiah, 37, mendedahkan anak tirinya, Ayash Affan disahkan menghidap mild autism (autisme ringan) sejak berusia tiga tahun.

Menerusi sebuah hantaran video yang tular di Threads, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi tentang perwatakan Ayash, 5, yang mendorongnya untuk membawa Ayash berjumpa dengan pakar di hospital.

Menurut Watie, sebelum Ayash disahkan menghidap autisme ringan, Ayash menjalani beberapa proses penilaian yang disarankan oleh pakar.

"Saya ada bawa Ayash pergi jumpa pakar yang memerlukannya untuk membuat penilaian sebelum disahkan penyakitnya.