KUALA LUMPUR: Pemain sayap baharu DPMM FC, Ahmad Danial Ahmad Asri, melangkah ke fasa baharu dalam hidup apabila menamatkan zaman bujang selepas selamat dinikahkan dengan bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping, semalam.

Pasangan berkenaan berkongsi detik bahagia itu menerusi media sosial, dengan Danial meluahkan rasa syukur kerana akhirnya menemui insan pilihan hati untuk mengharungi kehidupan bersama.

@danialasri17 The beginning of forever with my favourite person, alhamdulillah we found our forever❤️@Kimberly Bong ♬ Masih Cinta Instrumental Epic Orchestra - soratune

"Permulaan untuk selamanya bersama insan kegemaran saya. Alhamdulillah, kami menemui insan untuk bersama selamanya," katanya menerusi hantaran di TikTok.