KUALA LUMPUR: Hasil minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka mencatat prestasi lebih baik tahun ini apabila pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Julai 2026 meningkat sedikit berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata perkembangan itu menunjukkan industri sawit negara berada pada landasan yang baik dengan usaha pemasaran secara agresif oleh pemain industri turut membantu mengukuhkan prestasi sektor berkenaan.
"Kita masih ada lagi dua bulan. Saya positif dan melalui pemasaran secara agresif yang dilakukan industri, saya berharap sekurang-kurangnya kita dapat berada pada tahap yang setara dengan pesaing atau lebih baik berbanding tahun lalu.










