SEREMBAN: Dua suspek berkaitan kes kematian pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’aba bakal dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) dan arahan tuduh kedua-dua suspek pertama(B1) dan kedua (B2) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah esok pada pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek, masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan pada 25 September lalu.