PUTRAJAYA – Syarikat petroleum yang mengendali rangkaian stesen minyak, Petron Malaysia (Petron) menegaskan tiada bukti pencemaran dikesan dalam petrol RON95 jenamanya susulan dakwaan pengguna mengalami masalah kenderaan selepas mengisi bahan api berkenaan di beberapa stesen minyak.Menerusi kenyataan, Petron memaklumkan pihaknya telah selesai menjalankan siasatan susulan terhadap laporan berhubung dakwaan pencemaran RON95 di stesen-stesen minyaknya.Menurut kenyataan itu, hasil siasatan mendapati bahan api RON95 yang dijual di stesen-stesen Petron mematuhi spesifikasi produk yang ditetapkan."Berdasarkan hasil siasatan kami, bahan api RON95 Petron yang dijual di stesen-stesen kami mematuhi spesifikasi produk yang ditetapkan dan tiada bukti pencemaran, termasuk pencemaran air, dikesan," katanya pada Rabu.Petron berkata, pihaknya akan terus memastikan produk yang dijual kekal berkualiti dan selamat di semua stesen minyak Petron.Isu berkenaan sebelum ini tular di media sosial selepas beberapa pengguna mendakwa kenderaan mereka mengalami masalah, termasuk gagal dihidupkan selepas mengisi petrol RON95 di beberapa stesen minyak di wilayah Utara.Dakwaan tersebut turut mengaitkan masalah berkenaan dengan kemungkinan petrol bercampur air.Bagaimanapun, pemeriksaan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di beberapa lokasi sebelum ini tidak menemukan tanda kehadiran air dalam tangki simpanan RON95.Petron dalam kenyataan sama turut menzahirkan penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan dan sokongan berterusan terhadap syarikat.
Tiada pencemaran dikesan dalam RON95 - Petron

Key takeaways
Petron mengesahkan tiada pencemaran dalam RON95 selepas siasatan.
- Petron menegaskan RON95 mematuhi spesifikasi produk.
- Tiada bukti pencemaran dikesan dalam bahan api.
- KPDN tidak temui tanda air dalam tangki RON95.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today KPDN tidak temui tanda kehadiran air dalam tangki RON95 di Batu Kawan
- Utusan Malaysia Tiada jangkitan rabies libatkan manusia dikesan di Pulau Pinang
- Utusan Malaysia Tiada jangkitan rabies libatkan manusia dikesan di Pulau Pinang
- Harian Metro 144 kes pencemaran sumber air di Selangor dikesan
- Free Malaysia Today Tiada kuota ditetapkan dalam penghantaran pelarian Myanmar, kata KP Imigresen
- Sinar Harian Tiada pencemaran dikesan dalam RON95 - Petron (this story)







