mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 144 kes pencemaran sumber air dikesan dalam tempoh tiga tahun sehingga 14 September lalu di kawasan Selangor.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pencemaran itu dibahagikan kepada tiga kod kecemasan iaitu kod hijau, kod kuning dan kod merah.
Menurutnya, kod hijau bermaksud keadaan yang kurang kritikal dan mampu diselesaikan di peringkat agensi mengikut Pelan Kontigensi masing-masing.
"Manakala kod kuning, tahap berjaga-jaga di mana apabila sesuatu kes terjadi, tahap pencemaran berisiko untuk menyebabkan henti tugas kepada Loji Rawatan Air (LRA).









