KPDN menjalankan pemneriksaan susulan hantaran dakwa berlaku masalah tehadap kenderaan selepas pengisian RON95 di sebuah stesen minyak.

BATU KAWAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menemukan sebarang tanda kehadiran air dalam tangki simpanan petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Batu Kawan, seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Pengarah S Jegan berkata pemeriksaan dan penelitian dijalankan bersama wakil syarikat minyak serta pengusaha stesen berkenaan hari ini, susulan satu hantaran mendakwa berlaku masalah terhadap kenderaan selepas pengisian petrol RON95 di stesen minyak itu.

Pemeriksaan dan penelitian lanjut itu bertujuan mengenal pasti punca masalah, termasuk kemungkinan kehadiran air atau pencemaran dalam tangki simpanan serta sistem pengeluaran bahan api.