KUALA LUMPUR - Bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung telah lama tidak menghadiri mesyuarat atau kongres parti itu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, Chean Chung yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa serta-merta itu juga tidak melibatkan diri dalam urusan parti sejak kira-kira setahun lepas."Jadi sesuailah. Kalau sudah tidak berminat, tidak ada masalah. Pergi dengan baik. Terima kasih atas sumbangan selama ini."Kira-kira setahun tidak pernah campur soal urusan parti, mesyuarat-mesyuarat parti tidak pernah hadir, jadi kongres pun tidak hadir. Jadi tidak apalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini pada Jumaat.Mengulas dakwaan Chean Chung berhubung isu peruntukan kawasan Petaling Jaya telah disekat, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memastikan projek pembangunan seperti sekolah, surau, masjid, tokong serta jalan raya berjalan lancar.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peletakan jawatan Chean Chung juga tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan."Beliau mahu memberikan pandangan, kita boleh terima. Tapi tidak semestinya Ahli Parlimen itu berhenti (meletakkan jawatan), projek juga berhenti. Tak betul," katanya.Ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Chean Chung, Anwar berkata, perkara itu diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh dan Jawatankuasa Perundangan parti yang turut melibatkan Sivarasa Rasiah.Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu telah diserahkan secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul semalam.Pada 30 September lepas, Chean Chung menerima keputusan bahawa keahliannya dalam PKR digantung selama tiga tahun.- Bernama
Chean Chung tidak libatkan diri dalam urusan parti sejak setahun - Anwar
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Lee Chean Chung lepaskan jawatan MP Petaling Jaya
- Utusan Malaysia Chean Chung sudah lama tidak campur urusan PKR – Anwar
- Free Malaysia Today Lee Chean Chung setahun tak aktif dalam PKR, kata Anwar
- Sinar Harian Chean Chung tidak libatkan diri dalam urusan parti sejak setahun - Anwar (this story)
- Malaysiakini (BM) Lee Chean Chung tidak pernah hadir mesyuarat, kongres PKR - Anwar

