Anwar Ibrahim berkata projek di Petaling Jaya tetap berjalan tanpa bergantung kepada kedudukan Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Lee Chean Chung sudah kira-kira setahun tidak aktif dalam PKR termasuk tidak menghadiri mesyuarat dan kongres parti, kata Anwar Ibrahim.

“Dia dah lama, setahun dia tak pernah campur soal urusan parti. Mesyuarat-mesyuarat parti tak pernah hadir, kongres pun tak hadir,” kata perdana menteri ketika ditemui di Kuarters TUDM Sungai Besi, hari ini.

Anwar yang juga presiden PKR berkata, jika Lee sudah tidak berminat dengan PKR, beliau boleh meninggalkan parti dengan baik.

“Kalau dah tak minat, tak ada masalah. Pergi dengan baik. Terima kasih atas sumbangan selama ini,” katanya.