nuratikah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan dalam PKR, namun tidak menggunakan ruang itu dengan menghadiri kebanyakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sejak November tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Bryan Ng Yih Miin berkata, MPP antara platform utama kepimpinan parti untuk membincangkan isu nasional, dasar kerajaan dan perkembangan semasa termasuk ruang kepada pimpinan mengemukakan pandangan serta perbezaan pendapat.

Menurutnya, ruang berkenaan turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain menteri dan timbalan menteri daripada parti itu.

"Jadi persoalannya mudah. Jika benar beliau disekat daripada bersuara, bila, dalam mesyuarat mana, oleh siapa dan apakah isu yang cuba dibangkitkan tetapi dihalang?