Ipoh: Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat itu memaklumkan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas.
"Pentadbiran negeri menafikan dakwaan yang tular di beberapa platform media sosial yang mendakwa Menteri Besar Perak menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan perkenan diberikan.
"Dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya.









