SEREMBAN – Meskipun timbul pelbagai spekulasi berhubung surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim masih meneruskan tugas beliau seperti biasa.
Ismail menerusi hantaran di media sosial Facebook berkongsi gambarnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) berjumpa dengan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia yang baharu, Akhmal Abu Basar.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohd. Fasha Musthafa ketika dihubungi mengesahkan Ismail bertugas dan masuk ke pejabatnya seperti biasa.
Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada tugas itu diteruskan atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Muhriz. – KOSMO! ONLINE










