SUBANG JAYA: Tujuh belas warga asing ditahan, manakala 132 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam operasi bersepadu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama pelbagai agensi di Pusat Komersial Lagoon Perdana, Bandar Sunway, semalam.
MBSJ dalam kenyataan hari ini, memaklumkan operasi berkenaan memfokuskan pemeriksaan aktiviti perniagaan, pematuhan syarat lesen, tahap kebersihan dan keselamatan makanan serta pengurusan kenderaan buruk.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Imigresen menjalankan saringan terhadap 75 pekerja warga asing di sekitar kawasan komersial berkenaan, sebelum menahan 17 individu untuk tindakan lanjut.
"Daripada jumlah itu, seramai 17 individu ditahan dan dibawa ke Pejabat Imigresen Kompleks PKNS untuk tindakan lanjut.









