KUALA LUMPUR: Syarikat penerbitan, Global Station Sdn Bhd mengambil serius dakwaan gangguan seksual yang dibangkitkan seorang pelakon wanita ketika menjalani penggambaran drama terbitannya, selain menegaskan komitmen memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terbabit dalam produksi kendaliannya.

Dalam kenyataan dikeluarkan, pihak penerbitan itu berkata, mereka menghargai keberanian pihak yang tampil berkongsi maklumat dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara berkenaan.

Global Station turut memaklumkan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai situasi sebenar sebelum menentukan tindakan yang bersesuaian mengikut bidang kuasa mereka.