Istanbul: Microsoft melaporkan kemajuan dalam usaha memulihkan perkhidmatannya susulan gangguan meluas di seluruh dunia yang menjejaskan akses kepada Outlook, Microsoft 365, Teams dan produk lain selama lebih 12 jam, lapor Anadolu Ajansi.
Syarikat itu memaklumkan bahawa pihaknya mencatat "sedikit kejayaan" selepas melaksanakan pembaikan perisian dan memulakan semula infrastruktur sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan.
Dalam kemas kini yang disiarkan di halaman Status Kesihatan Perkhidmatan pada awal Jumaat, Microsoft memaklumkan bahawa pihaknya terus memantau aktiviti di pelbagai rantau, menilai prestasi pelayan serta langkah untuk meningkatkan kapasiti sistem.
Syarikat itu kemudian melaporkan peningkatan selanjutnya, dengan menyatakan bahawa langkah pengoptimuman trafik terkini memberikan "hasil positif terhadap kestabilan perkhidmatan dan peningkatan kapasiti".










