Kuala Selangor: "Meskipun banjir belum surut namun saya beranikan diri memasak di dapur yang masih ditenggelami air," kata mangsa 'banjir termenung', Haslinda Md Ramli, 36.

Dia yang menetap di Kampung Bukit Hijau, Jeram, di sini, berkata, bahagian dapur rumah mentuanya masih ditenggelami banjir sejak seminggu lalu.

Katanya, walaupun sudah diarah berpindah namun dia sekeluarga memilih untuk terus tinggal di rumah berkenaan.

"Saya memikirkan keadaan ibu dan bapa mentua yang juga sudah uzur.