KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) meminta kerajaan menambah baik beberapa dasar berkaitan industri pembinaan bagi memastikan kelangsungan operasi kontraktor, khususnya syarikat Bumiputera berskala kecil dan sederhana yang semakin terkesan akibat peningkatan kos.

PKBM dalam kenyataan hari ini berkata, antara cadangan dikemuka termasuk memperluas skop Variation of Price (VOP) bagi menangani kenaikan kos bahan binaan, bahan api dan tenaga, selain memastikan peruntukan RM7 bilion bagi projek kontraktor Gred G1 hingga G4 diagihkan secara telus.

"PKBM turut mencadangkan supaya pengagihan projek berkenaan dilaksanakan melalui kaedah undian atau sebut harga bagi memastikan peluang penyertaan kontraktor diberikan secara adil.