SHAH ALAM: Seorang wanita tempatan ditemui maut di kediamannya di Banting, Kuala Langat hari ini, dipercayai akibat dijerut oleh anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.

"Susulan kejadian itu, pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.